Because You Matter To Us

01:08 , , 0 Comments

Kalau anda loyal dengan pasangan anda apa yang anda dapat? Tentu dapat sesuatu yang istimewa kan... Tapi... kalau anda setia dengan company pun anda boleh dapat something special lagi awesome tau!

Sebab apa?? Sebab MYNIC nak menghargai pelanggan mereka yang setia lagi awesome. MYNIC telah memperkenalkan satu program yang dinamakan myFidele. Ia merupakan sebuah program khas yang telah dirangka untuk menghargai kesetiaan pelanggan MYNIC kerana telah memilih domain .my dan setia dengan domain pilihan mereka.

Bagaimana program ini menghargai pelanggan mereka yang setia? Mudah saja kerana anda hanya perlu renew nama domain .my dan anda layak untuk memenangi hadiah menarik lagi awesome. Simple bukan?! 

Tiga kategori diperkenalkan untuk memberi penghargaan kepada pelanggan setia MYNIC yang awesome. Kategori pertama adalah myFidele Surprise. Caranya renew sahaja nama domain anda (minimun satu domain) anda berpeluang untuk menang hadiah misteri. Surprise kan???
Kategori myFidele Gold pula khas untuk mereka yang telah bertahan selama lebih sepuluh tahun. Wow! loyalnya mereka ni...
Manakala kategori myFidele Reward untuk pelanggan yang berjaya renew kesemua nama domain mereka. Contohnya jika anda ada 100 nama domain .my so anda renew lah kesemuanya sekali. Kiranya macam renew & win. Renew roadtax pun tak pernah dapat hadiah kan??? Ni renew nama domain je boleh dapat hadiah awesome.

Macam mana pulak nak renew nama domain .my anda? Ok, anda boleh renew melalui MYNIC Reseller atau guna online payment (Credit Card/ CIMB Clicks/Maybank2u) atau boleh juga bank-in terus di MBB.

Mudah bukan??? 

Okay, sebenarnya program myFidele untuk tahun ini akan berlangsung selama dua pusingan. Pusingan pertama telah pun berlangsung pada 14 Ogos yang lalu yang mana cabutan nama-nama pemenang diambil dari nama-nama domain yang telah di renew dari 1 Januari sehingga 31 Julai. Pusingan kedua akan berlangsung pada bulan Disember nanti. Jadi sekiranya anda terlepas pusingan pertama jangan risau sebab peluang masih ada. Tapi kalau nak tau lebih lanjut lagi nah tekan je sini. Kalau nak tau update terkini silalah kasi Like di Facebook myFidele

Apa-apapun nah layan dulu video myFidele ni.





0 comments: