Siapa BOB?
Siapa BOB? BOB yang dimaksudkan bukanlah seperti yang mungkin kebanyakkan kita bayangkan. Tetapi BOB singkatan kepada Bisnes Online Bundle adalah satu solution pakej yang diperkenalkan oleh MYNIC untuk membantu usahawan-usahawan SME dalam melengkapkan perniagaan mereka dengan kemudahan asas dalam talian. Ataupun bahasa yang mudah lagi senang untuk difahami adalah untuk memperluaskan bisnes mereka dalam dunia online. Ye lah kan zaman sekarang zaman ICT dan penggunaan internet dalam perniagaan adalah satu keperluan. Kalau buat bisnes tak guna internet tu macam duduk zaman batu lagi. Orang lain dah kedepan tapi kita masih lagi dengan cara konvensional.
Pakej Bisnes Online Bundle ini menawarkan nama domain .my, professional email, web hosting dan juga dilengkapi dengan antivirus. Haaa menarikkan. Semua cukup. All-in-one package orang kata. Harga yang ditawarkan juga sangat affordable. Ye la bagi yang baru nak berkecimpung dalam bidang perniagaan, budget memainkan benda yang sangat crucial. Semua benda kena dikira untuk mengelakkan berlaku over flow. Jadi atas inisiatif bijak inilah mereka hanya menawarkan harga pakej tersebut serendah RM180 (termasuk GST). Lebih jimat sehingga RM190 berbanding membelinya secara satu persatu. Menarik bukan??? Tambah menarik anda hanya perlu tambah RM100 sahaja untuk mengikuti training WordPress untuk sehari!
Tapi apa gunanya nama domain, web hosting, email professional dan antivirus tu? Gunanya untuk majukan bisnes andalah. Bagaimana? Dengan adanya nama domain anda boleh mempunyai alamat website anda sendiri. Sebagai contoh kedai online 11street yang menggunakan 11street.my. Simple dan mudah untuk diingati berbanding nama-nama yang panjang.
Seterusnya bila dah ada nama domain ini, boleh la membina website anda sendiri. Website penting supaya pelanggan-pelanggan anda boleh merujuk website untuk mencari product atau services anda, Kemudian di website itu nanti bolehla diletakkan cara-cara untuk membuat order, membuat pembayaran dan seterusnya contact number. Buat yang simpe-simple pun boleh yang penting pelanggan anda senang nak membeli dengan anda nanti.
Kemudian buatlah email pula supaya senang untuk berurusan. Email pula boleh gunakan nama domain anda. Macam 11Street.my ni. Kalau tengok dekat bahagian Customer Service email buyer support adalah hello@11street.my dan seller support adalah support@11street.my. Tak perlu susah-susah pening kepala untuk memikirkan email cuma gunakan sahaja nama domain anda untuk email. Jadi customer pun akan lebih percaya dengan bisnes anda dan anda nampak labih professional berbanding yang lain.
Bila dah masuk ke dunia online ni, eloklah jika dipasang security untuk keselamatan data-data anda. Jadi itulah pentingnya antivirus untuk anda.
Jadi diharapkan selepas ini makin ramailah usahawan SMEs yang ada website sendiri dan menjalankan perniagaan mereka secara online.
Bagi yang tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan pakej BOB ini bolehlah pergi ke official website BOB www.bisnesonlinebundle.my.
So tunggu apa lagi. Cepat-cepatlah dapatkan pakej BOB ini. Sebab promosi BOB bermula hari ini 16 November 2015 sehingga hujung tahun ini sahaja! Rugi sapa yang tak dapatkan BOB anda hari ini!
.png)


0 comments: